Sabtu, 19 Januari 2013

JALANG KOTEK

Bahan & Cara pembuatan..

4 cawan tepung gandum
½ cawan minyak masak (dipanaskan menggelegak)
3/4 cawan air

Cara membuat pastri

1. Masukkan minyak panas menggelegak ke dalam bekas berisi tepung.
Tips:
Penggunaan minyak panas untuk menjadikan tepung tadi separa masak dan kulit karipap rapuh, lembut dan tidak berminyak.

2. Kacau menggunakan senduk kayu.Adunan akan menjadi seperti serbuk roti/crumb.

3. Setelah rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. (Agakkan air supaya doh tidak menjadi terlalu lembik) dan pastikan adunan menjadi satu doh yang boleh dibentuk)

Bahan inti
600 gm ubi kentang dipotong dadu
250 gm isi ayam/daging dicincang
3 sudu makan rempah kari dibancuh dengan air (jadikan pes)
4 biji bawang kecil diblender
1 biji bawang putih diblender
¼ cawan daun sup yang dihiris halus.
2 tangkai daun kari
¾ cawan air
¾ cawan minyak masak
Garam dan gula

Cara memasak

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang diblender berserta daun kari.

2. Setelah naik bau, masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan dan air serta ubi kentang. Kacau selalu supaya tidak melekat

4. Setelah ubi kentang empuk dan air kering masukkan sedikit garam dan gula

5. Setelah sejuk, taburkan daun sup dan gaul rata.

Cara membuat karipap

1. Bulat-bulatkan doh kemudian gelek doh dengan kayu pencanai. Jika doh agak lembik, sapukan permukaan papan pencanai tepung dahulu untuk mengelakkan doh melekat.

Tips:
Boleh juga masukkan doh dalam peti sejuk anggaran 10 minit supaya apabila doh dikeluarkan, mudah untuk membulatkannya.)

2. Letak 1 sudu makan inti keripap di atas pastri dan kemudian tangkupkannya.

3. Klim tepi pastri dan kemudian goreng sehingga kekuningan dan kemudiantoskan.

Tips:

1. Semasa masukkan karipap ke dalam kuali pastikan minyak suam sedikit sahaja dan tidak terlalu panas. Ini kerana karipap akan menggelembung jika minyak terlalu panas.

2. Sentiasa balik-balikkan karipap supaya kulitnya licin dan warnanya kuning keemasan yang sekata.

4. Adunan ini menghasilkan 45 biji karipap bersaiz sederhana

0 komentar:

Posting Komentar

Breaking News
Loading...
Quick Message
Press Esc to close
Copyright © 2013 Blog Hendra All Right Reserved